Sunday, September 27, 2015

Resepi Brownies Kedut Simple

Biasa hakak buat brownies guna resepi ambil di blog azlita masam manis. Kali ni cuba guna resepi yg lintas di wall beberapa hari lepas. Tapi telah diubahsuai ikut bahan yg ada di dapur hakak pada ketika itu

Resepi ni SESUAI UTK ORG YANG MALAS NK BASUH BEKAS BANYAK2. Muahaha
Sebab resepi ni x perlukan kita cairkan coklat + butter dahulu. Semuanya kacau terus periuk ikut step. Hakak suka! 

Menjadi dan sedapp

BROWNIES KEDUT CHEWY FUDGY VERSI HAKAK ANI

Bahan A
100g butter pada suhu bilik ( hakak guna butter anchor)
100gram gula biasa ( hakak guna brown sugar organic)
90gram gula perang ( pun hakak guna brown sugar organic)
2biji Telur gred A 

Bahan B
130gram semisweet choc bar ( hakak guna brand Beryls)
Potong kecik2 supaya cepat cair

Secubit nescafe ( kt umah ni ada plak tersesat nescafe stick mak hakak bawak balik dr hotel rasanya.muahaha)

Bahan C
100gram tepung gandum
40gram serbuk koko
(Ayak 2 ni letak tepi)
Secubit garam

Guna periuk yg tebal sikit utk haba yg sekata. Hakak guna kuali je 

Cara2nya
Masak bahan A KECUALI TELUR atas api sederhana sampai butter cair dan agak likat. Kacau selalu utk elakkan gula jadi caramelize. Tutup api. Agak2 dlm 2-3minit lepas tutup api, masukkan telur. Kacau dgn whisk utk bg sekata

Masukkan bahan B sampai semua coklat mencair. Kalau lambat sangat cair, letak atas api jap. Haha. Tutup api balik

Masukkan bahan C kacau sekata. Boleh dh prepare loyang. Hakak guna loyang 7x7 bakar suhu 160darjah selama 25minit bergantung kepada oven masing2

Boleh tabur walnut ke almond ke choc chip ke kt atas utk menambahkan lg ksedapan. 

Siap bakar, tggu sejuk dh boleh potong n ngap!

4 comments:

Nik said...

rajinya ani masak.sedapnya :)
rsepi org mls tu basuh bekas tu nik suka.haha

Elya Roza said...

lately femes brownies fudgy ni :)

Ani Ahmad said...

Hihihi. Sepp!! Ani pn mmg malas nk basuh bekas byk2 😝

Ani Ahmad said...

Aah sana sini prg share buat brownies ☺️☺️☺️