Saturday, April 9, 2011

masak masak lagi

Assalamua'laikum..
kali ni masak western la pulak. western la sgtt..padahal spagheti je pn..kui kui kui

amik resipi dr sini
http://www.myresipi.com/top/detail/728

 bahan-bahannya
  • 500 gram spaghetti (cek cari spagheti x dak, cek guna fettucini)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu (cek guna susu segar)
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus (cek guna bawang besaq biasa ja)
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil (cek x letak pn)
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional) (cek cari cendawan butang x dak, cek ganti dgn frankfuter ayam cendawan ;p)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional) ( pun cek x letak)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang ( pun cek x letak,mana nk cari keju2 ni ha? haaahaa)






cara-caranya:

  • Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. 
  • Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  • Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut. 
  • Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur. 
  • Masukkan herba,  garam dan gula secukup rasa.
  • Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat









selamat mencuba! :) 

nota kaki : tak dan amik gambaq step by step sebab 'berperang' dengan anak yg asyik menarik2 kain.huhuu


Friday, April 1, 2011

Dendeng Daging

Assalamua'laikum..

Baru-baru ni tetiba teringin nak makan dendeng daging.. padahal pernah makan sekali je dulu, masa mengandungkan amna.. makan pn sebab rakan seguru masa kt sg.dua dulu bawak.. walaupun sekali je makan, tapi memang sedap..
dah teringin tu, maka mintak la resepi dekat tuan yg bawak dulu tu..
sapa2 yg nk try rasa bleh la cuba.. :-)


1kg daging btg pinang di potong sbesar 2jr n drebus
10ulas bwg merah (kalau nak lebihkan pn boleh..)
10biji cabai kering
Kicap manis
Garam
Gula
Asam jawa ( saya guna asam keping je sebab asam jawa habis stok..)
Bawang goreng untuk menghias..

Cara-caranya:
Daging yg dah direbus tadi ditumbuk bg sikit supaya pecah2 tp jgn sampai hancur.
Gaulkan dgn kicap manis dan digoreng dlm minyak yg byk..
sementara itu,
Cili kering dimesin dgn bwg (jgn hancr sgt) 
then tumis mcm biasa tambah gula n garam n air asam, 
msk smp agak kering dan naik minyak..
then bolehla la masukkan daging yg dah siap grg td, 
akhir skali taburkan bwg grg n gaul sekata...
siappp..

jeng jeng jeng..ini hasilnya..
dendeng daging pertama saya ;D 

 selamat mencuba! :-)